June 5, 2014

They should have told me.....

Things that they should have told me earlier:

They said that SPM is gonna be tougher than PMR, how i wish they would tell me that it is not everything that i should focus on.

They said that i should be brilliant student, cause afterall, it's the brain that matters. How i wish they would tell me that personality would be equally important too.

They said that it's okay to just pass the exams, tests n etc. How i wish they would tell me that it is not okay to be average.

They said that it is normal that we don't get the job immediately after finish our studies. How i wish they would tell me that it only applies for 'The Average'.

They said that plenty of job offers are waiting for the engineer graduates. How i wish they would tell me that there is plenty of engineer graduates to occupy it too.

They said not to worry about this matter. How i wish they would tell me that they felt the same anxiousity too.

They said that i will gain so many friends here. How i wish they would tell me how hard the goodbye will be.

-------------------------------------------
I know that there are bigger problems to solve. As for me, for this time being, this is my biggest concern. As a future graduate.

I am not bragging nor getting proud of it. It is just that. Miserable. Right now, it is.

This is how miserable I am. You know, getting near an edge. Which i had no clue of what the future holds. That was scared me the most.

Redundant. I've told you so many times. And i will tell you hundred times more.

I am in the middle.
To enjoy my upcoming free time or to struggle finding a job.
To find a job or to continue study.
To find a job that suits my education or that suits my taste.
To let it be or to not let it be.

For sure, i've learned a lot from this place.
For sure too, i will miss the place.
For the most certain, i will miss my friends. (TT_TT)

Sincerely, Amelia.

July 29, 2013

Breaking Fast Like A King! - Restoran ATM (Asian Typical Meal)

Semalam my whole family except Acik berbuka dekat Restoran ATM. Acik tak dapat join due to time restriction. About this restaurant, restaurant ni sangat selesa. Parking pon banyak. Restoran ni pernah jugak dikunjungi Jalan-Jalan Cari Makan. Pernah jugak keluar newspaper.


Kitorang reserve tempat pukul 3. Just to be safe la. Actually kalau nak reserve lambat-lambat pon takpe.

Overview pasal tempat ni, sangat ohsem!!. Puas hati dengan segala yang disediakan.

Jom jamu mata dengan gambar-gambar okay?




Antara lauk-lauk yang disediakan adalah, kalau yang kat atas ni, ade ikan goreng yang kecik-kecik tu. sayur ulam-ulaman semuanya ada. dia ada jugak sediakan sambal belacan and varieties of dipping.

did i mention tak dia ada macam-macm kerabu. semalam, ada kerabu ayam and kerabu sayur kaduk. SEDAPPPPP tahap awesome kerabu dia. aku yang tak makan sayur ni pon siap ulang-ulang ambil lauk ni.



 Haaa ABC pon boleh sediakan sendiri tau? ada jugak cereals untuk sesiapa yang nak makan.





 THIS IS AWESOMEEEEE..!! yang ni aiskrim-aiskrim yang dia sediakan. Aiskrim Mlaysia ada kacang merah, anggur, laici and sirap. aku rasa ni baki minuman hari before. hahaha suka hati aku je kan?





 This side pulak untuk buah-buahan semua. Time kitorang datang ni, ada buah jambu batu, nenas, tembikai, jambu air epal, oren, and banyakkkk lagi.. the one yang berdiri kat situ adalah mama saya! hehe.

Kalau tengok yang jauh sikit dalam gambar tu, ada puddings and segala macam manisan. Kerepek pon ada jugak tau?






 Haaa.. tempat ni tempat yang aku datang banyak kali. Ada sate (dah habis masa ambil gambar), otak-otak, kerang bakar, murtabak and roti canai. ada jugak kuah kari, kuah lodeh kat situ. Sos untuk kerang bakar tu, masyaAllah sedapnyeeeeeeeeeeeeeeee... Kalau nak tahu, aku ni jenis tak suke sangat kerang, tapi sebabkan awesomenye sos tu, aku siap tambah lagi.. hahaha




Ini pulak bahagian untuk mee. masa kitorang datang, tak ramai pun yang serbu bahagian ni. kesiannn mereka. haha



this part pula ada macam-macam jenis bubur.




The main dish pulak kat sini. Lauk ayam bakar dia SANGATTTTTT SEDAPPPPP!! hehe ada nasi minyak, kambing rendang tok and of course untuk melayu macam kita ni, nasi putih biasa :)  sadly, malam tu, lauk kambing dia macam ada bau hamis kambing lagi. tapi abg long and angah sebat sampai licin je pinggan dorang. maybe yang pompuan-pompuan ni kot yang detail sikit bende-bende macam ni. hehe





This is the good part of this place. Dorang siap sediakan ruangan solat untuk pelanggan. Telekung pon ada disediakan. cuma ada sepasang, so kalau korang datang dengan family, it's better bawak telekung sendiri la.

cuma, ruang solat ni kene share dengan pelanggan lelaki, so, kurang selesa sikit la part privasi tu.



Layout Res. ATM
ni draft kasar layout Restoran ATM tu la. ada banyak lagi table. tapi aku malas nak lukis. hahahaa.



Overall, sangat berbaloi berbuka kat sini. Kalau nak berbuka dengan family or gathering dengan kawan-kawan, aku memang recommend tempat ni. Lauk tu dorang akan tukar tiap-tipa hari. so takdela bosan kalau nak datang tiap-tiap hari kan? Sangat berbaloi untuk berbuka kat sini!



Harga Buffet:    RM30/pax
Alamat:             1-G, Ground Floor, Block A,
                          Jalan Maju 3/1, Taman Lembah Maju,
                          56100 Kuala Lumpur,
                          Malaysia.
Website:            http://atmdelight.com.my/
Tel/Fax:            +603-4288 0222






July 25, 2013

Kek Pandan Gulung saya!!

credit to Kak Dayang






Saya ni mmg pesen suka makan sikit, so, semalam i decided to make my own kek gulung or nama lain dia swiss roll.




Punya la semangat pergi beli bahan-bahan nak buat ni lepas balik kerja. Padahal memang tau dah tak sempat balik before Maghrib. Semangat kannn? haha



so, based on resipi kat blog Kak Dayang. Hehe Tenkiu kakk!!



bahan-bahan dia semua boleh tengook dekat blog kak dayang ye.. saya just nak share pictures yang semalam ambil. kira macam step by step using pictures la.




 Okay, 1st of all sukat semua bahan-bahan yang diperlukan. macam saya, saya sediakan dalam tupperware macam ni. 




 Then, saya masukkan 5biji telur, esen vanila, ovalette and gula aising.




 Kemudian saya putarkan (kelajuan maksimum).




Ini lepas saya campurkan mentega cair and tepung gandum. nampak tak mentega tu berketul-ketul lagi?? haih.. amelia...amelia... (geleng-geleng kepala).




Lepas masukkan acuan dalam loyang yang dah alas baking paper tu, masukkan loyang dalam oven. suhu 180 'C. Sementara tunggu kek bake dalam 15 minit, saya pon kemaskan barang-barang semua yang dah guna tadi.,

ngam-ngam je lepas habis kemas, haaaa.. tiba masanya untuk keluarkan dari oven!!! JOM tengok hasilnya!!









































TARAAAAAAA!!!!!!!


 HAHAHA inilahhhh hasilnya lepas Chef Amelia ni baking. ade ke patot?? anak dara bake jadi macam ni, LOLOL sori para senpai dalam masakan. saya mungkin dah langgar beberapa pantang larang. okay, mungkin banyak.






Tengok tu.. terbalikkan pon takde efek. habis melekat kat baking paper. TT_TT
Tau tak yang masa jari saya tekan kek tu, jadi berminyakkk sangattttt.. kenape ea?



 Meh saya listkan apa yang saya rasa macam salah je saya buat:
1) saya tak ayak tepung gandum
2) masa nak gaul tu, saya ada gunakan jari untuk lurut marjerin dari sudip.
3) saya masukkan semua bahan sekali gus. mama cakap kene pukul telur dulu, then baru masukkan esen, ovalette and gula tu suma.
4) saya cairkan mentega tu guna kuali panskan terus kat dapur. *tapi saya buat api kecikkkk je, then sepuluh saat atas dapur, alihkan dari api. then, letak atas api balik, larikan. Ulang - ulang.*


Apa yang saya rasa saya buat betul dah:
1) make sure semua utensils bersih time pakai tu.
2) ikut instruction betol2. such as, masukkan apa dengan apa. kacau perlahan-lahan or even sukat betul2.





Nampak tak saya boleh listkan kesalahan saya lebih dari apa yang saya rasa betul. hahahaha. untuk sesiapa yang tau macam mana nak betulkan or tau kat mana salah say, pleaassee and pleaseeee let me know boleh?? Because I really do craving for this kek pandan gulung. pity me ;(












p/s : untuk sesiapa yang nak cuba resipi kat blog Kak Dayang tu, please do try. Resipi dia takde flaw pon, saya ni je yang tak reti bake cake lagi. Thanks a lot!





Perihal Jamban, Tahi, Kau, Aku dan Mereka

Aku memang berniat buat entri berunsur najis kali ni. yes, it's gonna be a bit dirty but trust me you really need to read this. i can't stop myself to share with you guys about my thought.


credit to Wacanaku





Cuba korang bayangkan, situasi di shopping mall, saat perut ko start rasa bergodak. Najis yang terkumpul mula mengatur haluan. Makin lama, makin tertumpu ke salur pembuangan. kau tahu, kau perlu segera. segera ke arah jamban yang terdekat.



Ahh, memerut lagi sekali. kali ni, diiring bersama tembakan padu gas metana hasil pengumpulan biomass. kau tahu ini bukan saat untuk dilengahkan. sekali lagi berlakunya contraction di salur tersebut. berpeluh ko menahan. saat ni, ko tahu, peluh yang keluar bukan lagi peluh jantan ataupun betina. kau cuma tahu, kau perlu nekad dalam setiap sesuatu.



kau berlari mendapatkan jamban yang terdekat. larian kau semakin dilajukan. pintu terkunci. kau tunggu dengan sabar. sedikit tarian ditampilkan bersama bagi menghilangkan mahupun mengurangkan serba sedikit kegelisahan memikirkan possibility untuk tercirit. ahh "lama lagi ke manusia dalam nii???", bentak ko dalam hati.



credit to submeryn



BAMM! anak muda keluar menguak daun pintu. ko meluru masuk, kau tahu, urusan ini takkan tertahan lagi. pergghhhhhh aroma buangan budak ni boleh tahan juga penangannya, ligat kau bermonolog memikirkan darjah kekuatan bau tersebut.



masanya telah tiba, kau harus melepaskan. bertabur semua bekas isi perut ko. keluhan panjang dilepaskan. kau tahu nikmat ini bukan calang-calang rasanya. usai membuang, kau mulakan langkah untuk beristinjak. tangan mula menggapai hos paip.


















HALAMAKKK AIIII, awat paip ni kat lantai?? Kotoq tahu dak?? punya cantik kepala paip dengan tempat cangkuk dok ada lagi terlekat kat dinding, awat tak cangkuk ja?? bukannya lama, satu saat, hambek, cangkuk. settle! nak kata takde kudrat, mustahil.



aku cukup tak berkenan la kat sesape yang tak reti nak cangkuk balik hos paip tu. geli la weyh nak kutip kat lantai. lebih-lebih lagi kalau dok bertakung air kat lantai tu. haishhhhhh..





aku bukan la pembersih tapi aku takdeeeela pengotor. tau dak? ni lagi satu pesen yang rajin buang bende2 kat mangkuk, angpa tak nampak ka tong sampang alik nu? simpan kejap boleh dak? penat tau dak kerajaan dok perabih duit buat kempen, angpa dok lagi buat perangai loklaq.



ni belum lagi cerita pesen selet taik idung kat pintu lagi tu. takpon yang pesen tulis, "call me 01XXXX". serabut otak aku guna toilet awam ni.





tapi yang terakhir aku nak pesan, buat budak-budak sekolah baru nak up, remaja yang tak matang mahupun yang sudah berstatus ibu yang dok tangkap gambar mulut itik depan cermin toilet awam tu, tolong lah hentikan perbuatan yang tak bermoral ni. anda menganggu emosi kami. dengarlah suara anak bangsa ini yang merayu melutut.at least kalau nk camwhore tu senyum lah elok-elok.






tak..saya tak marah....cuma tegur.. :)








credit to aku,dia dan cooper
















July 19, 2013

Practical & Life !!!

Assalamualaikum and hye everyone!!

For those who are reading this blog for the very first time, welcome :)

How to begin my words, let me brief my current life okay?

For this time being, I am a trainee at RNZ integrated SDN BHD. Soon will be named as Petrofac. It is an oil and gas company. Well established i assume. The allowance given is pretty much beyond my expectance. *ehem* it's 600/mth. Pretty good for a student like me, kan?

So, let's get to the main, shall we? I used to be lost before. Doesn't mean that i've found my exact path right now but at least, i know what i'm longing for.

First of all,

sekarang ni aku tengah praktikal. That's mean that aku ade lagi 2 sem je lagi tinggal.  Tapi, aku rase banyak sangat aku belajar dalam tempoh yang terdekat ni. Terlampau banyak aku boleh katakan. First of all, jom aku cerita sikit hal praktikal

PRAKTIKAL

before practical


masa first time kitorang dapat 'esaimen' untuk cari tempat sendiri ni, aku pening. macam mana kalau aku tak dapat tempat? kalau mcam korang aku tak tau la. tapi macam aku, aku kene consider tempat. sebab aku sekarang belajar kat johor.membesar kat melaka, tapi rumah sekarang kat sarawak. so option yang paling senang adalah tinggal dengan kakak aku kat Ampang.



the problem is bila aku dah fixed kan tempat nak praktikal, aku ade restriction. Ampang bukan industrial area. so lagi susah aku nak cari company. kalau nak pergi area Selangor, lagi la parah. memey la banyak industri, tapi transport acane lak? takkan nak menapak ke sana tiap-tiap hari. habis elaun aku kat situ je la.



first aku try Lembaga Getah. Excited gila bila dapat tau dorang accept application aku through email and phone call. but then, bila aku tanye pasal elaun, dorang jawab, "elaun seringgit sehari dik". aku dok pikir. seringgit sehari???? dah tu 3 bulan aku kerja dapat berapa je? seringgit sehari tu, ikut hari berkerja tau? haishhh... aku reject balik offer. berpuluh-puluh company aku call. habis kredit kat company je. call log aku takyah cite ah.. memang bersepah number company.




aku bagi tips la untuk korang yang contact company ni kan,


tips call company

1) jangannn sekali- kali email pastu tak follow up. esok lusa tu call for confirmation. try push company tu kalau ko betol2 nak company tu.
2) kalau dia just cakap, "nanti saya call balik", please proceed with next company. membongak jela tu nak call balik..
3) CV (resume) yang ko sediakan, please sediakan gambar yang comel dan FORMAL. that is your first impression. don't judge a book by it's cover but you will never have a second chance for the first impression. understood?
4), kalau ko tak yakin dengan pointer ko, jangan letak.
5), try apa sahaja alternatif yang ko ada. especially lecturer. frankly speaking, aku sendiri dapat tempat through lecturer aku. so, be nice to your lecturer, him/her might suggest you to a well-known or even well-paid company.
Last but not least, jangan lupa lepas usaha, tawakal. doa kat Dia jangan pernah putus.



kalau korang boleh LI kat mana-mana, lagi senang. apa yang aku boleh pesan sekarang, belajar elok-elok. Pointer tu main peranan penting. ye, aku tau mesti ramai yang bagi tahu tak penting pon pointer tu.



tapi ada sorang member aku, fully sponsored practical. under Schlumberger. penginapan dia kat rumah macam pent house tu, every day akan ada maid datang kutip baju kotor and basuhkan siap lipat sekali. kemaskan rumah dia segala bagai. allowance pon mewah. sekarang, pointer tu penting tak? bukan tu je, apa yang kita usahakan hari ni, akan reflect masa depan kita.



apa yang aku cuba sampaikan adalah, kalau harini kau saving untuk beli kereta kancil, will you think that you can buy Porsche at the end of the day? tak kan? apa yg kau save, itu yang ko dapat beli nanti.





during practical


okay, as i mentioned earlier, aku dapat engineering consultant punya company. after one week aku praktikal, (which aku takde buat pape pon for the whole week tu) aku dapat transfer to level 11. level ni ade satu sub-department yang urus just one major project. the project is Upstream Downstream Theme Park. ni bukan theme park untuk huha-huha tu tauu? theme park ni Live Training Plant and located at Terengganu. I may not be an expert in this field but i'll try my best to explain briefly about this project. okay Upstream means plant located dekat land, Downstream pulak dekat sea. Tapi untuk project ni, dua2 dekat land sebab dia cuma training plant. However, every equipment kat plant ni exactly similar dekat plant sebenar. understood? any further question, mind to email me at this.



so i was attached to this department untuk assist Mr Satha, a project engineer. actually, ape yang aku buat, has nothing to do dengan apa yang aku belajar kat UTM. sadis? that's for real indeed. and ramai je engineer yang macam tu kat sini.



like someone has told me before, masa praktikal ni la nak belajar semua bende. masa praktikal ni la akan kene marah segala bagai. apa yang ko kene buat, JANGAN PUTUS ASA. itu yang penting. keep on motivated. no matter how dull your works gonna be. face it, and try to enjoy it. kalau rasa bosan tu, try cari bahan untuk isi masa lapang. you know what, i read about this quote somewhere before, a person will be more happy if he/she is busy with anything. my personal opinion, it's true indeed :)



masa praktikal ni la aku belajar jalan-jalan kat KL. especially Ampang. siape je nak bagi tahu aku bende-bende yang takde dalam buku ni? aku belajar cara naik bas. kat mana nak tekan loceng. pukul berapa jalan sesak. pakcik bas mana yang bawak sedap je. camne nak menyelit time bawak kete. bila nak rude kat jalan or bila nak bagi jalan. semua tu nampak remeh. tapi kau sendiri tahu takde siape akan bagi tahu ko bende2 camtu. aku treasure semua bende tu. Alhamdulillah Allah bagi aku nikmat rasa syukur untuk benda-benda macam tu.






















































aku tulis ni, bukan sebab aku pandai. tapi aku taknak korang terlepas peluang. aku try cari orang untuk explain kat aku bende-benda simple macam ni. tapi aku tak jumpa.
















tenkiu Mr Google




belajar. jangan pernah penat untuk belajar. sebab it hurt's you the most when someone address you 'stupid'. especialy when it comes from someone that you had your respect.









March 22, 2012

Gagal Jangan Kecewa, Berjaya Jangan Dibangga



Bismillah and Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. i am still alive.. to write something beneficial to certain groups of humans, insyaAllah..

Setiap cerita ada permulaan, klimaks, cabaran, dan akhir sekali akan ada penutupnya.

Sama alirannya dengan hidup. hidup sebagai manusia, penutupnya adalah syurga atau neraka.

tapi akan wujud cabaran-cabaran dalam hidup. ini salah satunya. kehidupan sebagai seorang pelajar.





jika betul tafsirannya, kehidupan ni pon takkan ada henti. belajar biar sampai mati, kan?


tapi apa yang saya nak tulis kali ni, khas buat adik-adik lepasan SPM 2011. terutama sekali graduan MRSM Alor Gajah.




baiklah. biar saya gunakan pendekatan 'akak' supaya tidak berapa kekok pembacaan selepas ini ya?





semalam, akak terbaca 'ranking' MRSM AG. no 27. dari semua MRSM. bacaan ranking tu pula, akak dapat dari kawan akak sendiri. juga graduan MRSM.. cuma dia graduan MRSM Kuantan. ya, mereka top ten.




tipu kalau akak katakan tak ada perasaan cemburu atau kecewa walau sikit. macam mana besar pon kita, mesti kita akan ingat jugak tempat kita belajar.



so, dari ranking tu, akak bukak page 'Ansara Ag' untuk tau status cerita selepas-result-spm ni. nyata ramai adik-adik akak yang kecewa ye? dan tak kurang ramai jugak yang gembira.











tahniah buat kedua-dua golongan ini. kecewa dan juga gembira. dua-dua bertuah. :) sangat bertuah.


tahniah. sekalung tahniah buat adik-adik. untuk bercerita tentang pengalaman orang lain, mungkin akak kurang mahir. jadi, biar akak kongsi sedikit kisah hidup akak. semoga ada manfaat.



dulu, semasa sebelum result SPM keluar, akak dah dipanggil untuk masuk ke UTM bawah program EKSPRESS MARA-UTM. Alhamdulillah, akak rasakan itu sebagai satu peluang buat akak. yelah, cepat belajar, cepat habis. itu yang akak fikir.



selepas tamat 6bulan program ni, kami sambung degree. cerita demi cerita demi cerita. makin lama, makin ramai yang sertai program ni, yang mengeluh. ketinggalan dalam pelajaran. tak dinafikan, akak salah seorang daripada orang-orang yang mengeluh tu.


makin lama, identiti budak 'Forecast' iaitu gelaran untuk sesiapa yg menyertai program ekspress mara ni makin hilang. hilang dari segi pelajaran. senang cerita, bright students are not shining anymore. rumah tanpa tiang yang kukuh, takkan dapat bertahan, kata mereka.



tapi bukan semua. ada juga yang terus bersinar. :) siap jadi pelajar cemerlang untuk kos dia lagi. hihi


bukan tujuan akak untuk tulis keburukan 'Forecast'. Tak. bukan itu tujuannya. cuma akak nak buktikan, tak semua yang bernasib baik tu, akan terus bernasib baik. ini hal rezeki. rezeki masing-masing. hidup ni kan macam roda..




Alhamdulillah, rezeki akak dalam belajar masih ada. setiap benda yang jadi ni ada hikmah dia.kita takkan tau apa yang ada depan kita. Allah tu kan sebaik-baik pengatur.. :)




nasihat akak, apa juga tawaran yang datang lepas ni, pertama, rujuk Allah. solat istikharah. tanya Dia, betulkah ini pilihan terbaik buat aku?




then, rujuk parents atau sesiapa yang boleh bagi info. maybe susah nak pilih nanti. akan ada tawaran dengan bermacam pilihan. pilih kos yang kita MINAT.


sedikit info untuk dikongsi, masuk matrikulasi tu langsung tak teruk macam ada yang segelintir hebahkan. kononnya matrix lagi terok banding asasi.




tidak.. tak mungkin matrix akan terus wujud kalau mereka teruk. KEBANYAKAN batch kos akak sekarang ni yang cemerlang, datangnya dari lepasan matrikulasi.




asasi pon tak kurang hebatnya.. begitu juga dengan diploma.. percayalah, apa pon tawaran yang akhirnya datang pada kita tu, itu yang terbaik untuk kita.





have faith. have faith in Allah. have faith in yourself. SPM is not the end of the world. there are lots more trials ahead. i can't tell you much about in how forms will the trials come, as i am with you right now. i am travelling in this life, just like you.

Just go on dear. you have already overcome the pain, don't you want to taste the sweetness that insyaAllah will come afterwards?


insyaAllah, this life is full with surprise. nobody knows what's ahead. the thing is, keep on trying. Allah melihat pada usaha kita, bukan hasil.





March 15, 2012

Aku, Rasulullah dan Syurga.

Assalamualaikum and happy Thursday!



Alhamdulillah, i am still alive. Masih hidup selepas mati buat sementara. Tidur selama beberapa jam maksud aku.


Apa yang aku ingin tuliskan kat sini, diilhamkan dari hasil fikiran malam tadi. Biar aku cerita dari mula.


Malam tadi, aku selak buku. Ulangkaji pelajaran. Norma sebagai mahasiswa UTM. Sedar tak sedar, belajar sambil online, buat aku leka.. aku lupa masa berjalan..


Mula lah aku bancuh Neslo, cari lagu ala-ala clubbing. Supaya terus semangat, kononnya. Mula lah lagu 'Moves like jagger' dan 'Mr Saxobeat' dipasang.


then, Aku teringat ada satu lagu 'Hadis 6' kat Youtube. Sedap. Jujur aku katakan, aku masih lemah dalam hal agama dan aku masih tak betah menjadikan Qiraat sebagai halwa telinga. Cuma lagu 'Hadis 6' by Xavi dan Algebra, ni lain sentuhannya. 'Mr Saxobeat' bertukar pula ke 'Hadis 6'.



Sambil melihat skrin Youtube, aku terlihat diruangan kanan 'related videos'. Ada nama Ustaz Don di video klip tu.





Tajuknya Cinta Rasul. Seusai lagu 'Hadis 6' bermain, aku mainkan pula klip video Ustaz Don.

Seminit.. Dua minit.. Aku leka mendengar.. Bukan sebab aku kurang fokus terhadap bahan ulangkaji aku.. Bukan.. Cuma betapa kata-kata Ustaz tu kena dengan situasi aku.



Rasulullah s.a.w. Rasul junjungan kita. Satu persoalan yang bermain dari semalam, "Kalau Rasulullah s.a.w ada dengan kita sekarang ni, apa kita buat?"


Kalau ada Rasulullah bersama aku saat ni, aku malu. Aku malu. MALU. malu menjadi umat yang tak bersyukur.



Sehingga nafas yang terakhir, apa yang Rasulullah risaukan adalah umatnya. Bukan isteri baginda. Bukan harta. Bukan. TAPI KITA.



Hari ni, sudah selawatkah kita? Allahumma Solli ala Saiyidina Muhammad.



Jujur aku katakan, aku bukan Hamba Allah yang terbaik. Aku sendiri masih belum cukup baik. Aku belum menjadi sebenar-benar hamba. Hamba Allah. Tapi aku berusaha. Ini usaha aku.




Untuk entri kali ini, semoga bermanfaat. Mungkin entri ni dapat sumbangkan sedikit saham buat aku ke syurga.