Bismillah and Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. i am still alive.. to write something beneficial to certain groups of humans, insyaAllah..
Setiap cerita ada permulaan, klimaks, cabaran, dan akhir sekali akan ada penutupnya.
Sama alirannya dengan hidup. hidup sebagai manusia, penutupnya adalah syurga atau neraka.
tapi akan wujud cabaran-cabaran dalam hidup. ini salah satunya. kehidupan sebagai seorang pelajar.
jika betul tafsirannya, kehidupan ni pon takkan ada henti. belajar biar sampai mati, kan?
tapi apa yang saya nak tulis kali ni, khas buat adik-adik lepasan SPM 2011. terutama sekali graduan MRSM Alor Gajah.
baiklah. biar saya gunakan pendekatan 'akak' supaya tidak berapa kekok pembacaan selepas ini ya?
semalam, akak terbaca 'ranking' MRSM AG. no 27. dari semua MRSM. bacaan ranking tu pula, akak dapat dari kawan akak sendiri. juga graduan MRSM.. cuma dia graduan MRSM Kuantan. ya, mereka top ten.
tipu kalau akak katakan tak ada perasaan cemburu atau kecewa walau sikit. macam mana besar pon kita, mesti kita akan ingat jugak tempat kita belajar.
so, dari ranking tu, akak bukak page '
Ansara Ag' untuk tau status cerita selepas-result-spm ni. nyata ramai adik-adik akak yang kecewa ye? dan tak kurang ramai jugak yang gembira.
tahniah buat kedua-dua golongan ini. kecewa dan juga gembira. dua-dua bertuah. :) sangat bertuah.
tahniah. sekalung tahniah buat adik-adik. untuk bercerita tentang pengalaman orang lain, mungkin akak kurang mahir. jadi, biar akak kongsi sedikit kisah hidup akak. semoga ada manfaat.
dulu, semasa sebelum result SPM keluar, akak dah dipanggil untuk masuk ke UTM bawah program EKSPRESS MARA-UTM. Alhamdulillah, akak rasakan itu sebagai satu peluang buat akak. yelah, cepat belajar, cepat habis. itu yang akak fikir.
selepas tamat 6bulan program ni, kami sambung degree. cerita demi cerita demi cerita. makin lama, makin ramai yang sertai program ni, yang mengeluh. ketinggalan dalam pelajaran. tak dinafikan, akak salah seorang daripada orang-orang yang mengeluh tu.
makin lama, identiti budak 'Forecast' iaitu gelaran untuk sesiapa yg menyertai program ekspress mara ni makin hilang. hilang dari segi pelajaran. senang cerita, bright students are not shining anymore. rumah tanpa tiang yang kukuh, takkan dapat bertahan, kata mereka.
tapi bukan semua. ada juga yang terus bersinar. :) siap jadi pelajar cemerlang untuk kos dia lagi. hihi
bukan tujuan akak untuk tulis keburukan 'Forecast'. Tak. bukan itu tujuannya. cuma akak nak buktikan, tak semua yang bernasib baik tu, akan terus bernasib baik. ini hal rezeki. rezeki masing-masing. hidup ni kan macam roda..
Alhamdulillah, rezeki akak dalam belajar masih ada. setiap benda yang jadi ni ada hikmah dia.kita takkan tau apa yang ada depan kita. Allah tu kan sebaik-baik pengatur.. :)
nasihat akak, apa juga tawaran yang datang lepas ni, pertama, rujuk Allah. solat istikharah. tanya Dia, betulkah ini pilihan terbaik buat aku?
then, rujuk parents atau sesiapa yang boleh bagi info. maybe susah nak pilih nanti. akan ada tawaran dengan bermacam pilihan. pilih kos yang kita MINAT.
sedikit info untuk dikongsi, masuk matrikulasi tu langsung tak teruk macam ada yang segelintir hebahkan. kononnya matrix lagi terok banding asasi.
tidak.. tak mungkin matrix akan terus wujud kalau mereka teruk. KEBANYAKAN batch kos akak sekarang ni yang cemerlang, datangnya dari lepasan matrikulasi.
asasi pon tak kurang hebatnya.. begitu juga dengan diploma.. percayalah, apa pon tawaran yang akhirnya datang pada kita tu, itu yang terbaik untuk kita.
have faith. have faith in Allah. have faith in yourself. SPM is not the end of the world. there are lots more trials ahead. i can't tell you much about in how forms will the trials come, as i am with you right now. i am travelling in this life, just like you.
Just go on dear. you have already overcome the pain, don't you want to taste the sweetness that insyaAllah will come afterwards?
insyaAllah, this life is full with surprise. nobody knows what's ahead. the thing is, keep on trying. Allah melihat pada usaha kita, bukan hasil.