July 25, 2013

Perihal Jamban, Tahi, Kau, Aku dan Mereka

Aku memang berniat buat entri berunsur najis kali ni. yes, it's gonna be a bit dirty but trust me you really need to read this. i can't stop myself to share with you guys about my thought.


credit to Wacanaku





Cuba korang bayangkan, situasi di shopping mall, saat perut ko start rasa bergodak. Najis yang terkumpul mula mengatur haluan. Makin lama, makin tertumpu ke salur pembuangan. kau tahu, kau perlu segera. segera ke arah jamban yang terdekat.



Ahh, memerut lagi sekali. kali ni, diiring bersama tembakan padu gas metana hasil pengumpulan biomass. kau tahu ini bukan saat untuk dilengahkan. sekali lagi berlakunya contraction di salur tersebut. berpeluh ko menahan. saat ni, ko tahu, peluh yang keluar bukan lagi peluh jantan ataupun betina. kau cuma tahu, kau perlu nekad dalam setiap sesuatu.



kau berlari mendapatkan jamban yang terdekat. larian kau semakin dilajukan. pintu terkunci. kau tunggu dengan sabar. sedikit tarian ditampilkan bersama bagi menghilangkan mahupun mengurangkan serba sedikit kegelisahan memikirkan possibility untuk tercirit. ahh "lama lagi ke manusia dalam nii???", bentak ko dalam hati.



credit to submeryn



BAMM! anak muda keluar menguak daun pintu. ko meluru masuk, kau tahu, urusan ini takkan tertahan lagi. pergghhhhhh aroma buangan budak ni boleh tahan juga penangannya, ligat kau bermonolog memikirkan darjah kekuatan bau tersebut.



masanya telah tiba, kau harus melepaskan. bertabur semua bekas isi perut ko. keluhan panjang dilepaskan. kau tahu nikmat ini bukan calang-calang rasanya. usai membuang, kau mulakan langkah untuk beristinjak. tangan mula menggapai hos paip.


















HALAMAKKK AIIII, awat paip ni kat lantai?? Kotoq tahu dak?? punya cantik kepala paip dengan tempat cangkuk dok ada lagi terlekat kat dinding, awat tak cangkuk ja?? bukannya lama, satu saat, hambek, cangkuk. settle! nak kata takde kudrat, mustahil.



aku cukup tak berkenan la kat sesape yang tak reti nak cangkuk balik hos paip tu. geli la weyh nak kutip kat lantai. lebih-lebih lagi kalau dok bertakung air kat lantai tu. haishhhhhh..





aku bukan la pembersih tapi aku takdeeeela pengotor. tau dak? ni lagi satu pesen yang rajin buang bende2 kat mangkuk, angpa tak nampak ka tong sampang alik nu? simpan kejap boleh dak? penat tau dak kerajaan dok perabih duit buat kempen, angpa dok lagi buat perangai loklaq.



ni belum lagi cerita pesen selet taik idung kat pintu lagi tu. takpon yang pesen tulis, "call me 01XXXX". serabut otak aku guna toilet awam ni.





tapi yang terakhir aku nak pesan, buat budak-budak sekolah baru nak up, remaja yang tak matang mahupun yang sudah berstatus ibu yang dok tangkap gambar mulut itik depan cermin toilet awam tu, tolong lah hentikan perbuatan yang tak bermoral ni. anda menganggu emosi kami. dengarlah suara anak bangsa ini yang merayu melutut.at least kalau nk camwhore tu senyum lah elok-elok.






tak..saya tak marah....cuma tegur.. :)








credit to aku,dia dan cooper
















No comments: