July 29, 2013

Breaking Fast Like A King! - Restoran ATM (Asian Typical Meal)

Semalam my whole family except Acik berbuka dekat Restoran ATM. Acik tak dapat join due to time restriction. About this restaurant, restaurant ni sangat selesa. Parking pon banyak. Restoran ni pernah jugak dikunjungi Jalan-Jalan Cari Makan. Pernah jugak keluar newspaper.


Kitorang reserve tempat pukul 3. Just to be safe la. Actually kalau nak reserve lambat-lambat pon takpe.

Overview pasal tempat ni, sangat ohsem!!. Puas hati dengan segala yang disediakan.

Jom jamu mata dengan gambar-gambar okay?




Antara lauk-lauk yang disediakan adalah, kalau yang kat atas ni, ade ikan goreng yang kecik-kecik tu. sayur ulam-ulaman semuanya ada. dia ada jugak sediakan sambal belacan and varieties of dipping.

did i mention tak dia ada macam-macm kerabu. semalam, ada kerabu ayam and kerabu sayur kaduk. SEDAPPPPP tahap awesome kerabu dia. aku yang tak makan sayur ni pon siap ulang-ulang ambil lauk ni.



 Haaa ABC pon boleh sediakan sendiri tau? ada jugak cereals untuk sesiapa yang nak makan.





 THIS IS AWESOMEEEEE..!! yang ni aiskrim-aiskrim yang dia sediakan. Aiskrim Mlaysia ada kacang merah, anggur, laici and sirap. aku rasa ni baki minuman hari before. hahaha suka hati aku je kan?





 This side pulak untuk buah-buahan semua. Time kitorang datang ni, ada buah jambu batu, nenas, tembikai, jambu air epal, oren, and banyakkkk lagi.. the one yang berdiri kat situ adalah mama saya! hehe.

Kalau tengok yang jauh sikit dalam gambar tu, ada puddings and segala macam manisan. Kerepek pon ada jugak tau?






 Haaa.. tempat ni tempat yang aku datang banyak kali. Ada sate (dah habis masa ambil gambar), otak-otak, kerang bakar, murtabak and roti canai. ada jugak kuah kari, kuah lodeh kat situ. Sos untuk kerang bakar tu, masyaAllah sedapnyeeeeeeeeeeeeeeee... Kalau nak tahu, aku ni jenis tak suke sangat kerang, tapi sebabkan awesomenye sos tu, aku siap tambah lagi.. hahaha




Ini pulak bahagian untuk mee. masa kitorang datang, tak ramai pun yang serbu bahagian ni. kesiannn mereka. haha



this part pula ada macam-macam jenis bubur.




The main dish pulak kat sini. Lauk ayam bakar dia SANGATTTTTT SEDAPPPPP!! hehe ada nasi minyak, kambing rendang tok and of course untuk melayu macam kita ni, nasi putih biasa :)  sadly, malam tu, lauk kambing dia macam ada bau hamis kambing lagi. tapi abg long and angah sebat sampai licin je pinggan dorang. maybe yang pompuan-pompuan ni kot yang detail sikit bende-bende macam ni. hehe





This is the good part of this place. Dorang siap sediakan ruangan solat untuk pelanggan. Telekung pon ada disediakan. cuma ada sepasang, so kalau korang datang dengan family, it's better bawak telekung sendiri la.

cuma, ruang solat ni kene share dengan pelanggan lelaki, so, kurang selesa sikit la part privasi tu.



Layout Res. ATM
ni draft kasar layout Restoran ATM tu la. ada banyak lagi table. tapi aku malas nak lukis. hahahaa.



Overall, sangat berbaloi berbuka kat sini. Kalau nak berbuka dengan family or gathering dengan kawan-kawan, aku memang recommend tempat ni. Lauk tu dorang akan tukar tiap-tipa hari. so takdela bosan kalau nak datang tiap-tiap hari kan? Sangat berbaloi untuk berbuka kat sini!



Harga Buffet:    RM30/pax
Alamat:             1-G, Ground Floor, Block A,
                          Jalan Maju 3/1, Taman Lembah Maju,
                          56100 Kuala Lumpur,
                          Malaysia.
Website:            http://atmdelight.com.my/
Tel/Fax:            +603-4288 0222






No comments: