March 11, 2012

Revived.

Assalamualaikum.

it's 3.30 am but i am still awake. Bila malam-malam macam ni, otak aku ligat berfikir. Pasal masa depan mungkin.

Dah pukul 3.30 and esok ada training baru ko nak fikir masa depan?


Well, better late than never fellas.



Let's jump to the topic.

Sem lepas, aku berazam dengan diri aku, kalau aku dapat result okay, aku akan continue balik menulis blog.

Selepas satu sem aku mendiamkan diri, selepas result aku tahu, ternyata, aku gagal.

Ya. aku GAGAL.







tapi apa yang buat aku menulis kembali, sebab aku tau, ini bukan sebab kenapa aku cipta blog.

aku buat blog, sebab aku minat menulis. ohh, terima kasih buat ibu aku yang mengalirkan darah sastera dia sedikit sebanyak dalam diri aku.

aku sedar, kalau TUJUAN dah TERPESONG, takkan aku dapat capai matlamat.


kalau nak diluahkan semua kat otak, takkan cukup satu entry.

cuma kali ni aku harap, takde mahasiswa yang jadi macam aku. yang jatuh. menjunam. bukan aku nak kata aku confirm jadi produk gagal. cuma aku nak kata yang nak bangun dari jatuh tu susah. sangat susah. dengan luka, dengan malu, dengan kecewa semua kau nak hadap.

kecewa. perasaan. susah aku nak cakap betapa kecewanya aku. semua orang ada kisah gemilang masing2. tapi yang buat aku kecewa, bukan sebab aku tengok betapa cemerlangnya orang lain. tapi sebab aku tau aku mampu untuk cemerlang macam tu. aku tau aku mampu.

kecewa. bukan ini yang aku harap parents aku hadap. bukan ini. bukannya fakta yang jelas tentang betapa gagalnya aku. tahu tak macam mana perasaan yang kau dapat kalau kau dapat buat mak kau senyum? tahu tak betapa gembiranya perasaan tu? tahu tak macam mana senyuman tu mampu ubah hidup aku? tapi, tahu tak macam mana perasaan aku, bila aku tau senyuman tu dah takde. sebab aku sendiri. sebab kesalahan aku. aku tau aku boleh baiki keadaan ni. aku cuma perlu masa. dan semangat.

kecewa. bila kau tahu rakan-rakan yang duduk sama kelas, sama blok, sama rutin, sama semuanya, tapi betapa berbeza pencapaian kau dengan dia. lebih-lebih pedih campur cuka bila kawan tu kawan karib kau.

kecewa. bila kau sedar yang kau tak lagi macam dulu. bila kau bukan lagi budak2 yang boleh main-main dalam kelas tapi still boleh tangkap apa yang cikgu ajar.


ahhh.. senang cerita aku kecewa. lebih kepada kecewa dengan diri sendiri.



padi tak kan dapat kalau tak dituai. hasil takkan dapat kalau tak usaha. sebab tu aku usaha. aku sepak-punggung-sendiri (kicked my own ass). aku tau macam mana keras aku usaha dulu.



tapi mungkin cara aku salah. mungkin ini ujian Allah.



semua benda jadi ada sebab kan?


aku cari balik punca aku. punca kejatuhan ni. aku tau, mesti aku ada buat salah kat mana-mana. mesti punya. kalau tak, takkan aku gagal camni.

insyaAllah. aku akan cari dan musnahkan semua parasit jahat yang buat aku lalai.

dah tiba dah fasa Walk-Your-Talk. ini usaha aku sem ni. kita tengok macam mana hasilnya.,












she is my sis. i wanna be in her place someday. i know i will.




















insyaAllah aku akan terus semangat untuk sem baru. doakan aku kuat kawan-kawan.








1 comment:

Najajong said...

amyyy.... HWAITING!!!
man jadda wajada,