March 15, 2012

Aku, Rasulullah dan Syurga.

Assalamualaikum and happy Thursday!



Alhamdulillah, i am still alive. Masih hidup selepas mati buat sementara. Tidur selama beberapa jam maksud aku.


Apa yang aku ingin tuliskan kat sini, diilhamkan dari hasil fikiran malam tadi. Biar aku cerita dari mula.


Malam tadi, aku selak buku. Ulangkaji pelajaran. Norma sebagai mahasiswa UTM. Sedar tak sedar, belajar sambil online, buat aku leka.. aku lupa masa berjalan..


Mula lah aku bancuh Neslo, cari lagu ala-ala clubbing. Supaya terus semangat, kononnya. Mula lah lagu 'Moves like jagger' dan 'Mr Saxobeat' dipasang.


then, Aku teringat ada satu lagu 'Hadis 6' kat Youtube. Sedap. Jujur aku katakan, aku masih lemah dalam hal agama dan aku masih tak betah menjadikan Qiraat sebagai halwa telinga. Cuma lagu 'Hadis 6' by Xavi dan Algebra, ni lain sentuhannya. 'Mr Saxobeat' bertukar pula ke 'Hadis 6'.



Sambil melihat skrin Youtube, aku terlihat diruangan kanan 'related videos'. Ada nama Ustaz Don di video klip tu.





Tajuknya Cinta Rasul. Seusai lagu 'Hadis 6' bermain, aku mainkan pula klip video Ustaz Don.

Seminit.. Dua minit.. Aku leka mendengar.. Bukan sebab aku kurang fokus terhadap bahan ulangkaji aku.. Bukan.. Cuma betapa kata-kata Ustaz tu kena dengan situasi aku.



Rasulullah s.a.w. Rasul junjungan kita. Satu persoalan yang bermain dari semalam, "Kalau Rasulullah s.a.w ada dengan kita sekarang ni, apa kita buat?"


Kalau ada Rasulullah bersama aku saat ni, aku malu. Aku malu. MALU. malu menjadi umat yang tak bersyukur.



Sehingga nafas yang terakhir, apa yang Rasulullah risaukan adalah umatnya. Bukan isteri baginda. Bukan harta. Bukan. TAPI KITA.



Hari ni, sudah selawatkah kita? Allahumma Solli ala Saiyidina Muhammad.



Jujur aku katakan, aku bukan Hamba Allah yang terbaik. Aku sendiri masih belum cukup baik. Aku belum menjadi sebenar-benar hamba. Hamba Allah. Tapi aku berusaha. Ini usaha aku.




Untuk entri kali ini, semoga bermanfaat. Mungkin entri ni dapat sumbangkan sedikit saham buat aku ke syurga.



1 comment:

hidup_singgah_mati said...

insyallah!! terbaik!..hehe.. allah x akan berikan sesuatu ujian melainkan dia tau hamba dia mampu mengharuginya..heheh.. so jgn risau berbuat baik.. sbb nabi allah sendiri menyuruh kita berpesan2 pada kebaikan.. :D so carikah kawan yang baik dunia dan akhirat.. cari kawan nie mcm kita cari emas..klu untung kita dapat emas klu x kita dpt pasir..hehe..so berkawan biar berjga2..mcm org ckp..klu kawan dgn org jual minyk wangi dpt la saki wanginya..klu kawan dgn pncacai taik..dapt gak busuknya.. hehe.. harap adik faham :D salam'alyak.. ikhlas dlm perjuangan ;D