July 22, 2011

Ape Yang Ko Boleh Buat Untuk Cuti-Yang-Macam-Takde-Penghujung

salam. memandangkan tak pernah-pernah dapat cuti yang lebih kurang empat bulan ni, so aku senaraikan apa yang ko boleh buat sepanjang cuti ni ye.

1) ko bangun tidur, menggeliat, tidur balik. solat, tidur, makan jika perlu.

2) pergi keluar rumah. buat senam robik tanpa mengendahkan jiran yang dah pandang pelik.

3) cuci kereta tanpa gunakan air. air paip maksud aku. so, manfaatkan masa hujan dgn pesta basuh keta. ni salah satu cara ko nak jack bapak ko memandangkan cuti ni memang kerja menghabiskan duit je kan? haha

4) call abg, kakak, adik, atau sedara mara terdekat. cakap " hai, ok tu je. bye" lantas tutup hp dengan pantas supaya ko boleh berlagak ala-ala macam hotstuff sebab ofkos mase ko on balik hp tu nanti ko akan dpt mcg yang mendambakan ko saat ko hilang sebentar tadi.

5) message fb member ko dgn tulis "hi. how are you?". supaya ko dapat rasakan macam mana feel menjadi virus paling latest.

6) pergi kedai paling dekat dengan rumah kau. masuk. keluar. masuk. senyum kat orang yang jaga kaunter. then keluar sambil cakap "mak tak bagi kita beli".

7) lepak kat shopping mall. then kalo ko nampak atok yang tengah pimpin cucu dia, ko cakap, "perghhhhhhhhh dah tua- tua pon still mampu siotttt" sebaik je dia toleh kat ko, baik ko lari.



kalo ko rasa tujuh langkah yang aku bagi ni still tak ekstrem, jangan risau.


8) ko dapatkan mana2 alamat. aku syor kan dalam malaysia je supaya jimat kos. ko bagi surat. dalam tu ko tulis "Tahniah Mak! Mak sekarang bergelar nenek! :)Saya janji lepas ni dah takde yang terlanjur. LuvYu Ketat-Ketat ".

9) ko jalan kat mane2 sidewalk. ko jumpa makcik yang keseorangan tu. agak agak line clear, JANGAN RAGUT. ko just pergi sebelah dia. ko ikut je mane dia jalan. kalo makcik tu tanye ko siapa atau kenapa ikot, ko cakap, "saya dah berpunya. maaf kalau saya mengecewakan makcik." ko blah. jangan toleh. biarkan perasaan tu meresap sikit dalam sanubari dia.

10) ni aku sarankan ko buat dengan kawan. at least sorang. ko pergi mane mane tempat kat muka bumi ni. kalo ko nampak target, tak kira jantina. ko cakap kat membe ko dgn kuat, "aku rasa dia ni suka aku la". sebaik je target ko bagi respon, sila buat jelingan mata yang annoying yang mampu buat target ko rasa cam nak chopstick je mata ko. kemudian, cakap" SEE. Kan aku dah cakap dia suka aku. Bosan la!"







semua langkah langkah yang aku sediakan, aku tak berani bagi jaminan. sama ada ko berjaya laksanakan atau tak. hasil dia, mungkin ada yang memuaskan and ada yang tak. sama ada kau dapat pulang dengan jari yang cukup atau tak. semua aku tak berani jamin. okay?




















yang aku berani jamin, ko tadarus, tolong mak kat rumah dan banyakkan solat sunat, tu lagi berfaedah.

3 comments:

anasolehah_7 said...

salam...
hahaha...adik senget!!
sumpah..paling masuk air advice tu semua

MiErA said...

idea sengal nak mati!

rambler.me said...

kah2. yang tang kate :aku rase dia ni suke aku la" mmg mintak penampar sape yang dengar. wakah3