April 27, 2011

beralas pon tak bolehhhhh??????

assalamualaikum,

"takpelah. beralas"
"sorry terkena lengan. nasib baik ade baju"
"ade lapik. TAKPE lahhh!"


pernah tak soalan ini timbul :

betulke TAKPE?
takde efek ea?
confirm tak dosa?

ayat ni selalu dikeluarkan apabila yang bukan mahram terpegang atau tersentuh atau terlaga atau terusik atauuuuuuuuuu terkena mana-mana sahaja bahagian aurat perempuan.


kalau nak bercakap soal agama, sori, aku bukan yang paling arif. tapi, ini sekadar perkongsian.

dari pengamatan aku, apa yang menjadikan bersentuhan antara lelaki perempuan itu ada keringanannya HANYA apabila KEDUA-KEDUA mereka TANPA NIAT secara TIDAK SENGAJA lalu TERSENTUH.

maafkan aku dan betulkan aku kalau silap. aku hanya manusia biasa. aku tiada dalil untuk menyokong. aku harap siapa yang lagi arif dapat share dengan aku. agar perkongsian ni akan lebih bermanfaat untuk semua. okay?

kenapa aku keluarkan fatwa aku sendiri? kalau tak pasti kenapa menuils?

dah aku terangkan, ini hanya perkongsian. takyah cerita panjang. mari aku ceritakan kenapa.

nahhh aku bagi satu situasi :

A(lelaki): terpegang bahagian dada, "oppss.. sorry"
B(perempuan) : "takpelah. berlapik."

A(lelaki): "sorry. tak sengaja", tersentuh bahagian punggung.
B(perempuan) : "nasib baik berlapik"

A(lelaki): "weyh sorry la. aku betul tak sengaja", kata-kata selepas terpegang bahagian faraj.
B(perempuan): ............


releven ke lagi untuk memberi alasan "berlapik"?
sangat tak wajar. entri ini dikeluarkan bukan untuk mendabik dada dengan ilmu yang hanya setinggi busut. bukan juga untuk menarik perhatian ramai.

tapi entri ini hanya untuk menyedarkan bahawa berpegangan tangan itu salah.
berangkulan pinggang itu juga salah.
berlaga-laga bahagian muka (untuk tangkap gamba) pon salah.

ISLAM itu indah. ISLAM juga mudah. jangan salah anggap. sebab itu wujudnya istilah bercinta SELEPAS NIKAH.

dapat grab tak apa yang aku cuba sampaikan?
alaaaaa bukannya salah nak bermesra. ada solusi kalau betul dah dalam kemaruk cinta.
solusinya KAHWIN. tak salah kahwin awal. tak salah jugak kalau kahwin muda. silakan. ada jugak yang cakap, kalau kahwin muda ni, nanti lahir anak pandai. betul atau tak. wallahualam.


10 comments:

haziqah :) said...

Yup, aku setuju dgn cinta selepas nikah! kalau suka kahwen je lah terus. kenapa mesti nak bercinta-cinta sehingga sebuah perkahwinan di bina bukan atas dasar "cinta hakiki sebenar" iaitu cinta ILLAHI.
*sekadar perkongsian :)

amelia said...

macam kalo kita tgk cerita syurga cinta, dia ade ternagkan psl 3jenis jodoh. so, kalau yg jodoh selepas pegang2 tu, kita taulah jodoh jenis ape... hehe peace!

anis insan said...

dgn bernafsu hukumnya ttp x boleh..haram..

amelia said...

kalau tanpa nafsu pon takboleh.. apatah lagi dengan nafsu kan?

terima kasih dengan perkongsiannya.

Nirmala Ibrahim said...

akak suke bace ni...akak share ye...:)

amelia said...

tafaddhal. lagi ramai share lagi bagus :D

rambler.me said...

lebih baik kawen dari berpegang-pegangan macam tu. tak lah sakit mate kan??;pp

amelia said...

betol. betol. betol :3 haha

aiEz said...

tersekima baca dialog tu,haha...apa2 pun,yg tidak halal bgnya tetap haram..inikan pula kalau dengan sengaja dh cnfrm la xboleh..sblm kawen ni setan jd yg ketiga,tu yg nampak semua elok..hee..;)

suka entry ni...

amelia said...

@ aiez. selepas kawen pon mesti ada yg ketiga. tu laa bak kata kakak saya, Islam itu mudah, tapi jangan dipermudahkan kan? :)