February 15, 2011

HEBATKAH CINTAMU?

assalamualaikum w.bt.

disebabkan hari ini (15 feb 2011) merupakan hari kelahiran Rasulullah. mari kita berselawat ke atas junjungan kita.


hari ni nak buat post yang lain dari yang lain.


lain yang macam mana?


itulah yang kene baca.kann?



harini saya nak bagi satu nukilan. karya asal. so, kalau ada apa-apa nak kongsi dengan saya. silakann. amat lah dialukan.



mari kita mulakan ye.






*************************************************




.:: wahai kekasih : buktikan cintamu! ::.

(edisi hawa)




wahai sang kekasih,

diciptakan kamu berpasang-pasangan,

supaya kamu berkasihan.




wahai sang kekasih,

sedarkah kau siapa yang paling layak memiliki kasihmu?

sedarkah kau siapa yang paling layak menyayangimu?

sedarkah kau mempunyai Allah yang satu?




jika rindumu diluahkan dengan rayuan manja,

mengapa tidak kepada Allah yg esa?

sedangkan Dia mencipta dan mengasihimu stiap masa.




jika resah kalbumu diluahkan dengan linangan airmata pada Adam,

mengapa tidak pada Allah yang esa?

sedangkan Dia yang mencipta dan mengasihimu setiap masa.




jika panggilan si dia dijawab dengan ronaan bunga di hati?

mangapa tidak panggilan Ilahi?

yang sering memanggilmu lima kali sehari,

sedangkan dia yang mencipta dan mengasihimu setiap masa.




Jika rajuk kekasihmu,

sanggup kau pujuk dengan segala daya,

mengapa tidak Allah yang Esa?

sedangkan Dia yang mencipta dan mengasihimu setiap masa.




jika ratusan dan puluhan ringgit hanya untuk si dia,

mengapa tidak pada jalan Allah?

mengapa tidak kepada si penghuni jalanan.

sungguh semuanya hanya pinjaman.

sedangkan Dia yang mencipta dan mengasihimu setiap masa.





sedarlah wahai kekasih,

sesungguhnya kasih itu yang menyatukan kamu,

kasih yang diberikan Allah

pinjaman hak mutlakNya,


kun faya kun.



tidak salah ingin bercinta.



bukan 1000 janji yang membina syurga cinta.

hanya ikatan suci diirinya redha Yang Maha Berkuasa.




**************************************




macam mana? saya tahu masih belum setanding mahupun sebaris dengan ahli puitis yang dapat menyusun setiap patah perkataan dengan moleknya.




saya murid baru belajar. mungkin lepas ni saya hasilkan yang lagi mantap ye??




tapi yang paling penting adalah apa yang ingin saya sampaikan. mungkin saya akan jumpa cara penulisan yang lebih berhikmah lepas ni.




karya ini hanya satu perkongsian. juga peringatan. buat diri sendiri juga yang sering alpa.




terima kasih kerana membaca.




kalau suka boleh like.


kalau sudi boleh komen (: