February 13, 2011

banjir oh banjir!

Assalamualaikum w.b.t

harini saya nak ajak korang makan.
marilah kita bersantap!
santapan rohani ye.
bukan kak ani tapi rohani.
jiwa maksud saya.



B.A.N.J.I.R

alhamdulillah. pada hari sabtu yang lepas, kami dikehendaki menghadiri satu program kebajikan iaitu menolong mangsa banjir. kami diberi kesempatan untuk melakukan amal jariah. alhamdulillah.

seawal jam 0630 lagi kami telah berkumpul di markas Palapes UTM. satu perjalanan yang agak panjang telah dimulakan pada pukul 0700.

setibanya kami di Sk Pecu (kalau tidak silap saya), kami telah diagihkan kepada beberapa kumpulan. kumpulan saya telah ditugaskan untuk membersihkan tingkat satu sekolah tersebut.
proses pembersihan berjalan dengan lancar hasil kerjasama sesama skuad.

seusai kami membersihkan sekolah, kami berjalan kaki ke rumah yang terletak berdekatan. kami membantu penghuni rumah tersebut. ternyata kedatangan kami telah mengukir senyuman pada senyuman mereka.

namun, apa yang telah menarik perhatian serta simpati saya adalah perbulan makcik dengan anak perempuannya.

makcik : taknak tengok rumah ke nak, air naik tinggi.
kesian abg uda kau ni kemas rumah ssorg.
makcik : anak mak? ni ha ramai anak2 mak kat sini. dari UTM skudai (merujuk kepada kami)
makcik : kau mintaklah izin laki kau.
makcik : takpe nak duit tambang bas nanti mak boleh bayar.
makcik : takpelah nak.assalamualaikum.

seukir senyuman dilemparkan kepada kami.

************************

saya membuat tafsiran. ya, tafsiran saya sendiri. apalah gamaknya seorang anak. saya tidak mahu mengadili seseorang kerana saya tidak tahu keseluruhan cerita. namun, pendapat peribadi saya tetap ingin mencemuh atau meluahkan sekelumit rasa tidak puas hati terhadap si anak. sedangkan kami yang lebih daripada 20 orang tidak mampu membersihkan rumah itu dalam masa yang singkat, apalah dayanya tulang empat kerat milik makcik itu?

sungguh saya sedih. sungguh saya marah.

ada juga ayat makcik itu yang membuatkan hati saya tersentuh.

"adapun semua ni pinjaman Dia. mungkin sekarang Dia nak balik semua ni. mungkin Dia akan gantikan dgn yg baru. siapa tahu? rezeki kan.."

alahai. rasa hina menyelubungi diri ini tatkala menulis dialog makcik. rasa malu juga turut timbul. betapa saya tidak bersyukur sebelum ini.

dalam keadaan yang serba kekurangan sekarang ini pun makcik itu mampu redha. redha dengan ujian bencana ini.

tabahkan hatimu makcik.

“Dan sesungguhnya akan Kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar.” (Surah al-Baqarah, ayat 155)


*********************************************************

mungkin saya bukan 'perfect'.
mungkin saya masih jahil.
mungkin saya bukan hafizah.
mungkin saya bukan pelajar sekolah agama.
mungkin saya.

tapi insyaAllah diri ini sentiasa mendambakan kasihmu Ya Rabb..



p/s : akan ada perkongsian tentang iman. nantikan. hasil tarbiyah dari murabiyah saya (:




jika ada yang terasa geli dengan penggunaan kata ganti diri "saya" : saya rasakan penggunaan kosa kata yang sopan adalah lebih sesuai untuk menyampaikan tentang Islam.

Islam tu kan indah.


No comments: