February 28, 2011

NAK DIA!

salam..

aku.. aku... aku..
dah tak boleh tahan lagi..
aku nak dia..
ada dengan aku..
dalam pelukan aku..
dalam genggaman tangan ni,,,

biar orang kata aku gila.
biar orang kata kami belangkas..
sungguh, dia lah yang dalam bayangan ku..
saat ini..

kadang2 aku lalai..
terlampau taksub dengan dia..
leka
sebab aku mampu mengecapi kebahagiaan dengan dia..




































apa yang aku merepek nii..,
aku nak DSLR je satuuuuuuuuuuuuu..
jadi lagi gila bila tengok hasil kreatif Aizul Marcello.
abg kepada Irine Marcello.

February 23, 2011

kepelikan versi II

salam..

today i would like to write about the weirdos that do happen in our life.
how weird is weirdos?
just for your information, weirdos is a word that commonly use *kot* that frankly is not even exist in Oxford dictionary.. *tiheee

straight to the point ya fellas..

saje je nak testing market tahap 'keberhabukan' english saya ni..
yeah i know..
i need to polish it up.. haha
at least i'd tried..

*******************************************

apa yang peliknya?
siapa yang pelik?
kenapa dia pelik?
bila dia pelik?

kalau dulu sy de gak kemukakan soalan dekat post sy yang sy sendiri tak boleh jawab..
mungkin korang dah ada jawapan dia?

tapi sebelum korang bagi jawapan tu kat sy, meh sy tanye lagi beberapa soalan:

PERTAMA:

kalau lepas berak mesti tahi tu busuk kan?
tapi kenapa ada juga yang marah tahi tu busuk?

KEDUA:

kenapa orang dok perli kalau ada yang berkerjaya sebagai cleaner?

KETIGA:

kenapa ramai yang tak rasa berdosa?


***************************************************

aisyyy kalau lah sy list setiap satu yang ada dalam otak sy ni.. mungkin korang akan sedar betapa peliknya seorang insan yang bernama Nurul Amelia niii..

tapi apa yang sy cuba sampaikan cuma apa yang bagi sy betul.

tapi kalau kamu rasa sy salah, betulkan sy. sbb sy manusia. tak asing dari melakukan kesalahan.

sebenarnya, soalan di atas semua hanya untuk 'trigger' minda anda utk lebih berfikir.



mari sy terangkan kenapa dan apa warasnya soalan ni ditanya.

*****************************************

pertama:
kenapa kita nak marah orang yang berak kat toilet? dah namanya pon TANDAS.sememangnya tempat bagi orang untuk 'melabur' bukan? kenapa nak marah si polan tu berak busuk?sedangkan mmg semua 'buangan' kita tu kan busuk. haih. manusia.

apa salahnya orang tu? bg tau sy. dia tidak berlaku zalim. zalim yang didefinisikan sebagai tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya.

dapat tak apa yang sy cuba sampaikan?
kalau masih ragu2 atau kurang jelas, boleh tanya kat sini nanti ye..

kedua:

kenapa masih perlu ada unsur sarcastic pada cleaner?
sy tak nafikan yang pekerjaan tu kotor. jijik. tapi MULIA.
siapa kita untuk menilai sesuatu itu dengan hanya menilai luaran.
sebaik2 hakim itu adalah Allah. bukan kita.

bagi tau saya, antara pengutip sampah, dengan pembuang sampah : SIAPA YANG LAGI TERUK?

nahh, pasti terpalit rasa malu bukan?
jika tidak pada anda, pada saya, ya.

siapa tahu mungkin cleaner tu mempunyai peribadi yang terpuji. tidak mencarut. solat lima kali sehari. membasahi lidah dgn zikrullah. kaya dengan ibadat nawaffil (sunat), mengikuti serapatnya sunnatullah..

kadang kadang peribahasa 'don't judge the book by it's cover' adalah sangat sesuai untuk digunakan. berbicara soal ini, ada satu cerita yang saya nak kongsi..

ayah saya adalah seorang tentera.
semasa situasi ini, ayah saya berpangkat Mejar.
senior mejar.

mengikut sistem tentera, ayah saya layak untuk mendapatkan seorang 'driver'.
bagi saya driver adalah satu perkataan yang agak kejam, maka saya ingin tukar kepada pembantu yeeee..
ok. pembantu ayah saya ni sangat baik orangnya.
sentiasa tepat pada masa. *sistem masa sangat penting bagi tentera*
sentiasa senyum.
sedia membantu.
ringkasnya, sangat baik.

satu hari tu, dia berbual dgn saya.
perihal pelajaran.
masih sy ingat perbualan itu

adik belajar ni elok-elok
jangan sia-siakan peluang
dulu uncle ada peluang
tapi uncle takde rezeki
family orang susah
adik beradik ramai
uncle dapat offer masuk Al-Azhar
tapi takde duit punya pasal, terpaksa reject.

uncle pulak tak tau kalau masuk tentera ni dengan kelulusan U boleh dapat pangkat tinggi,
kalau uncle tau mesti uncle pergi belajar dulu



saya terdiam. Ya Allah selama ni saya memandang rendah pada orang lain. dengan 'mind set' yang mengatakan bahawa masih ramai lagi orang yang lebih HINA dari saya.

betapa hinanya saya. seorang pemandu bertaraf Al-Azhar. saya yang cukup segala keperluan masih tidak mampu untuk mendapatkan tawaran dari U tersebut. bagi saya, itu adalah tamparan yang sangat hebat. yang terkesan di hati ni.

ketiga:

untuk soalan ini.. saya ambil dari status saudara ni. apa yang saya boleh katakan mengenai penulisan dia adalah sangat dekat. maksud saya, pendekatan yang digunakan semasa dititipkan tulisan itu sangat bersesuaian. topik yang sering diketengahkan selalunya berkaitan dengan persoalan yang sering timbul dalam hidup kita. boleh lawat blog saudara ni kalau mahu..

bagaimana mungkin kita boleh menuturkan : "Tiada sebab untuk aku menangis" sedangkan dosa kita, menggunung
banyaknya?

benar bukan?

satu lagi tamparan tepat di pipi.




*****************************

bukan niat saya untuk menyindir mana mana pihak. cuma kadang-kadang rasa kesal tu timbul bila masih ada yang berfikiran sempit.



ini cuma tulisan saya. peringatan buat semua terutama buat diri ini.


February 20, 2011

saya cantik?


salam.. sapa nak jadi chantekk?? raise your hands up!!

okay.. i still cant see it even if you do raise your hands. hehe
mesti korang pelik kan.. pehal lah minah ni tetibe je tanye pasal kecantikan lak ni kan....
haaaaaa...!! ni ha nak habaq mai naaa...
*ce cite ce cite*

dari pengamatan aku yang agak boleh pakai ni..
kita selalunya pakai cantik2 supaya kita jadi the-centre-of-attraction.
kan?
maybe some of you will disagree but somehow i bet that majority will nodded. tiheee

semua nak jadi cantik..
kasi mekap tebal2.
baju lawa2.
tudung lilit2
kasut tinggi2.
hidung mancung2. <== *okay tu tipuuu*

siapa boleh bagi tahu aku APA ITU CANTIK?

ramai yang misunderstood. they come up with a mind set that if we do follow the latest-expensive-trendy fashion, then we are beautiful.

itu semua SALAH!
saya ulang. SALAH yeee..

we are beautiful as long as we are comfort with our OWN STYLE.

tak caya? impossible? cant believe?

try it.

betullll.. tak tipu punya..

ramai yang asyik fikir serabut2 pasal pakaian diorang whenever they need to attend to an occasion.
fikir yang simple.

1) affordable
2) comfortable
3)simple

these three aspects are the MOST important okayyy..
if i give you a condition, can you give me your opinion?

kenapa nak kesah ape yang orang cakap. percaya atau tidak, anda boleh control mind set org sekeliling hanya dengan yakin pada diri sendiri.

kalau betol awak cantik. then why you need to bother about others??

aku bagi contoh orang2 yang bagi aku fashion icon lahhh..


maybe korang tak bley tengok pic2 dia tapi takpe.. aku cerita sikit ea pasal dia..
aku kenal dia since form1..
we are getting closer eversince both of us were offered to MRSM ALOR GAJAH.
dari situ aku lebih kenal dia.
seorang yang ceria. pelupa. dan aku sayang dia. hahaha

apa yang aku boleh cakap about her and her fashion is.. dia sangat berani..
kadang2 colour baju dia LANGSUNG tak match tapi dia tetap CANTIK..
hahaha aku tak tipu..
yang membuatkan dia cantik adalah dia selesa dengan pakaian dia.
so thumbs up to you deary faya! ^^,

SECOND ICON : cik epal

aku kenal dia ni pun dalam dunia blog je..
kalo tengok shawl yang dia pakai simple je..
tapi sebabkan dia selesa dengan cara dia.,.
she looks gorgeous in her own way..

so, she comes up to be PRETTY as she believes she is.
percaya atau tidak, i do believe it too..

THIRD ICON : hana tajima

dia ni pada asalnya adalah non-muslim about four years back then..
TAPI..lepas convert into Islam,, dia memperkenalkan cara pemakaian hijab yang tersendiri.
and sekarang ni dia kerja dengan style company.
kalo nak tahu siapa yang selalu pakaikan tudung Yuna tu suma...
haaaa... dia lah yang dibalik tabir nye...
betol..kalo tak caya, sila tanye pakcik google ni...

okayy ade banyak lagi fashion icon yang aku nak kenalkan.. contohnya maria elena and so many moreeeeeeeeeeeee...

sebelum aku lupa.. semalam aku pergi dinner.. then aku apply bende yang aku percaya ni..
results : aku puas hati. sebab aku selesa cara aku sendiri.



ni gambonyeee..


bergambar sebelum dinner
bergedik sebentar.. hahaha
makcik skeleton yg mendengar nasihat fashion saya. hahaha
kawan-paling-rapat-yang-jarak-dia-kurang-dari-nano-meter.
bestEST friendssssss:
dari kiri : piee,suk,aku,aiza,ijat,mizuan.


korang dah dapat tak main point aku?
punya lah putar belit cerita,, akhirnya nye, i can conclude that

we are beautiful as long as we are comfort with our OWN STYLE.


most important thing is YOU.
BSURSUCSUR
(be as you are as you see as you are)

don't forget to SMILE. it is the lucky charm you know?




p/s : kalau nak wajah berseri dan bersinar-sinar, ambillah wuduk. (: Allah knew the best for us.









February 15, 2011

HEBATKAH CINTAMU?

assalamualaikum w.bt.

disebabkan hari ini (15 feb 2011) merupakan hari kelahiran Rasulullah. mari kita berselawat ke atas junjungan kita.


hari ni nak buat post yang lain dari yang lain.


lain yang macam mana?


itulah yang kene baca.kann?



harini saya nak bagi satu nukilan. karya asal. so, kalau ada apa-apa nak kongsi dengan saya. silakann. amat lah dialukan.



mari kita mulakan ye.






*************************************************




.:: wahai kekasih : buktikan cintamu! ::.

(edisi hawa)




wahai sang kekasih,

diciptakan kamu berpasang-pasangan,

supaya kamu berkasihan.




wahai sang kekasih,

sedarkah kau siapa yang paling layak memiliki kasihmu?

sedarkah kau siapa yang paling layak menyayangimu?

sedarkah kau mempunyai Allah yang satu?




jika rindumu diluahkan dengan rayuan manja,

mengapa tidak kepada Allah yg esa?

sedangkan Dia mencipta dan mengasihimu stiap masa.




jika resah kalbumu diluahkan dengan linangan airmata pada Adam,

mengapa tidak pada Allah yang esa?

sedangkan Dia yang mencipta dan mengasihimu setiap masa.




jika panggilan si dia dijawab dengan ronaan bunga di hati?

mangapa tidak panggilan Ilahi?

yang sering memanggilmu lima kali sehari,

sedangkan dia yang mencipta dan mengasihimu setiap masa.




Jika rajuk kekasihmu,

sanggup kau pujuk dengan segala daya,

mengapa tidak Allah yang Esa?

sedangkan Dia yang mencipta dan mengasihimu setiap masa.




jika ratusan dan puluhan ringgit hanya untuk si dia,

mengapa tidak pada jalan Allah?

mengapa tidak kepada si penghuni jalanan.

sungguh semuanya hanya pinjaman.

sedangkan Dia yang mencipta dan mengasihimu setiap masa.





sedarlah wahai kekasih,

sesungguhnya kasih itu yang menyatukan kamu,

kasih yang diberikan Allah

pinjaman hak mutlakNya,


kun faya kun.



tidak salah ingin bercinta.



bukan 1000 janji yang membina syurga cinta.

hanya ikatan suci diirinya redha Yang Maha Berkuasa.




**************************************




macam mana? saya tahu masih belum setanding mahupun sebaris dengan ahli puitis yang dapat menyusun setiap patah perkataan dengan moleknya.




saya murid baru belajar. mungkin lepas ni saya hasilkan yang lagi mantap ye??




tapi yang paling penting adalah apa yang ingin saya sampaikan. mungkin saya akan jumpa cara penulisan yang lebih berhikmah lepas ni.




karya ini hanya satu perkongsian. juga peringatan. buat diri sendiri juga yang sering alpa.




terima kasih kerana membaca.




kalau suka boleh like.


kalau sudi boleh komen (:

February 13, 2011

banjir oh banjir!

Assalamualaikum w.b.t

harini saya nak ajak korang makan.
marilah kita bersantap!
santapan rohani ye.
bukan kak ani tapi rohani.
jiwa maksud saya.



B.A.N.J.I.R

alhamdulillah. pada hari sabtu yang lepas, kami dikehendaki menghadiri satu program kebajikan iaitu menolong mangsa banjir. kami diberi kesempatan untuk melakukan amal jariah. alhamdulillah.

seawal jam 0630 lagi kami telah berkumpul di markas Palapes UTM. satu perjalanan yang agak panjang telah dimulakan pada pukul 0700.

setibanya kami di Sk Pecu (kalau tidak silap saya), kami telah diagihkan kepada beberapa kumpulan. kumpulan saya telah ditugaskan untuk membersihkan tingkat satu sekolah tersebut.
proses pembersihan berjalan dengan lancar hasil kerjasama sesama skuad.

seusai kami membersihkan sekolah, kami berjalan kaki ke rumah yang terletak berdekatan. kami membantu penghuni rumah tersebut. ternyata kedatangan kami telah mengukir senyuman pada senyuman mereka.

namun, apa yang telah menarik perhatian serta simpati saya adalah perbulan makcik dengan anak perempuannya.

makcik : taknak tengok rumah ke nak, air naik tinggi.
kesian abg uda kau ni kemas rumah ssorg.
makcik : anak mak? ni ha ramai anak2 mak kat sini. dari UTM skudai (merujuk kepada kami)
makcik : kau mintaklah izin laki kau.
makcik : takpe nak duit tambang bas nanti mak boleh bayar.
makcik : takpelah nak.assalamualaikum.

seukir senyuman dilemparkan kepada kami.

************************

saya membuat tafsiran. ya, tafsiran saya sendiri. apalah gamaknya seorang anak. saya tidak mahu mengadili seseorang kerana saya tidak tahu keseluruhan cerita. namun, pendapat peribadi saya tetap ingin mencemuh atau meluahkan sekelumit rasa tidak puas hati terhadap si anak. sedangkan kami yang lebih daripada 20 orang tidak mampu membersihkan rumah itu dalam masa yang singkat, apalah dayanya tulang empat kerat milik makcik itu?

sungguh saya sedih. sungguh saya marah.

ada juga ayat makcik itu yang membuatkan hati saya tersentuh.

"adapun semua ni pinjaman Dia. mungkin sekarang Dia nak balik semua ni. mungkin Dia akan gantikan dgn yg baru. siapa tahu? rezeki kan.."

alahai. rasa hina menyelubungi diri ini tatkala menulis dialog makcik. rasa malu juga turut timbul. betapa saya tidak bersyukur sebelum ini.

dalam keadaan yang serba kekurangan sekarang ini pun makcik itu mampu redha. redha dengan ujian bencana ini.

tabahkan hatimu makcik.

“Dan sesungguhnya akan Kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar.” (Surah al-Baqarah, ayat 155)


*********************************************************

mungkin saya bukan 'perfect'.
mungkin saya masih jahil.
mungkin saya bukan hafizah.
mungkin saya bukan pelajar sekolah agama.
mungkin saya.

tapi insyaAllah diri ini sentiasa mendambakan kasihmu Ya Rabb..



p/s : akan ada perkongsian tentang iman. nantikan. hasil tarbiyah dari murabiyah saya (:




jika ada yang terasa geli dengan penggunaan kata ganti diri "saya" : saya rasakan penggunaan kosa kata yang sopan adalah lebih sesuai untuk menyampaikan tentang Islam.

Islam tu kan indah.


February 9, 2011

just DO it..!

assalamualaikum..
bak kata Maria Elena,
tak jawab dosa,
kalau jawab sayanggggg..

ok. back to the topic,
aku just nak bagi tahu rahsia.
rahsia untuk menjalani kehidupan seharian dengan lancar.












follow the flow je der.
tak susah.

just against the current if you are strong enough to fight for it.








amalkan Islam dalam kehidupan.
insyaAllah baik baik aja ^^,

February 6, 2011

penyakit ini menyakitkan.

salam~

tajuk post entry kali ni ttg kesakitan,
sila baca dan bg komen yang dapat bantu aku pulih .

dalam banyak2 penyakit yang aku pernah ada,
kali ni nye penyakit
sangat teruk. effect the whole body.
kesan fizikal. tak ketara.
tapi kesan mental..fuuhhh tak boleh describe.

paling teruk penyakit ni nye efek adlh KETAGIH.
ye betol.
aku ketagih. sampai aku sendiri tak sedar.
kadang kadang aku dapat kawal.
selalunya TAK.
pathetic?
yeah. you can call me that.
aku masih belum jumpa penawar nye.
ramai kata, kene ada kekuatan diri sendiri.

tapi aku lemah.
aku takde disiplin.
yang boleh bentuk aku.
yang TAK lagi ketagih.
aku harap sangat ada sesiapa yang kat luar tu yang dapat bantu aku.
jadikan aku manusia biasa.
yang takde penyakit ni.

boleh tak korang ubati aku?
atau bagi tau aku cara utk pulih?
boleh korang bantu aku?









aku ada penyakit ketagih pada internet.
especially fb.
blogspot.
and youtube.
tolong pleaseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee. ;(




February 3, 2011

relationship :O

assalamualaikum pembuka bicara,
madah bercili bakal membara,
hanya teguran bukan mengata,
sape yang terasa padanlah muka.
hahahaha agak cipan disitu

seperti tajuk diatas. sudah la pasti aku nak tegur pasal hape kan?
first of all aku nak suruh korang positive kan mind kamuuuu semua sebab apa yang aku bakal tulis ni in general je okeehhh?

sebagai seorang perempuan yang ayu aku ingin menegur kaum ku supaya bersederhana dalam perhubungan anda.bak kata org tua2,"modesty is who we are". cett sejak bila pulak lah kan and hape lak kene mgena bnde ni..

maksud sederhana? meh aku terangkan ea.

  1. takyah lah tuka status anda setiap 2minit hanya utk mengatakan yang anda cinta, kasih atau sayang terhadap lelaki tersebut. ye kami semua phm anda sedang dilamun cinta.
  2. for those yg dh break up, it's okay for you to feel sad, regret or whatever, but please dear....jangan mencarut! kita ni kan perempuan, tak comel lah sayanggg.

setakat ni itu je yang aku boleh bagi nasihat. btw, don't blame him if he appears in your past. there must be a reason why he is not in the future.

Allah tu kan sebaik penentu. bersyukurlah.

jangan jadi mcm tong. kosong dan bising.