January 21, 2011

dunia ni pelik kannn?

assalamualaikum.

setiap hari kita lakukan aktiviti seharian kita kan?
cuci pinggan mangkuk..
mandi..
berus gigi..
pergi kelas..
bancuh air..

pernah tak terlintas apa-apa yang pelik dalam fikiran korang?
kalo macam aku, ni adalah persoalan yang aku tak pernah jumpa jawapan yang tepat:

1. kenapa gam tak melekat kat botol gam tu sendiri.
2. mcm mne org dulu2 boleh terlintas nk wat cerita lagenda?
3. kenapa kerajaan buat kempen anti merokok tapi benarkan jualan rokok?
4. kalo tak bagi mmandu masa mabuk, knape 'pub' sediakan parking lot?
5. kenapa permohonan pembinaan pusat hiburan diluluskan tapi lepastu tgkp balik sape yg pegi sana?
6. kenapa ada lelaki yang nak sangat jadi perempuan.
7. kalo betol perempuan ada naluri keibuan, knape ade yg buang anak?
8. knape de lelaki yg gah dan segak berbaju melayu ari jumaat, tapi tak smyg jumaat??

hmm.. ada BANYAK lagi persoalan yang aku sendiri takde jawapan.. mungkin satu hari nanti, korang bley bagi jawapan kat aku kan?


***************************************************

kadang kadang aku sedih, marah, konpius,, suma ah.. KENAPA? soalan tu selalu.. selalu sangat.. singgah sekejap kat kotak fikiran aku yang kadang kadang agak berhabuk ni..
kalo aku nak persoalkan satu persatu benda yang pelik ni, aku rase einstein pon mati kebuntuan.. hahaha
TAPI tak kesah la apa benda pelik yang korang penah buat, nampak, dengar atau apa sekalipun,, soal balik dalam diri anda,

"adakah Allah berpuas hati?"

fikir-fikirkan.
sekadar renungan ^^,

hanya peringatan untuk diri sendiri dan saudara seislam aku. :)

No comments: