October 12, 2010

ISLAM : pada nama atau sebenar-benar erti?

salam..
hari ni dah ade kesempatan nak menulis. disebabkan post kali ni berunsur teguran, lg elok kalo 'saya' mjadi nama peganti diri. setelah ditegur secara unik oleh rakan saya tentang betapa berhabuknya blog ini *anda tahu siapa anda :p*, so, saya pon tergerak untuk menulis.
sebelum kita masuk kepada main point, saya ingin berkongsi sedikit mengenai kehidupan saya di UTM.Alhamdulillah, minggu lepas saya baru sahaja menjalani beberapa test. Ya. tak dapat disangkal lagi kebijaksanaan lecturer2 sy kerana mampu memutarkan otak ini. hahaha. hujung minggu pula terasa begitu singkat kerana ibu saya datang melawat. Alangkah indah jikalau rumah saya hanya beberapa tapak dari fakulti. *macam mustahil je sbb parents sy bkn lecturer*. latihan pemakaian kain batik juga berjalan dengan sangat lancar. hahahhaha. tak tipu punya.okay. saya rasa, sebagai intro, ini semua sudah mencukupi. mari menjengah ke isi post ini ye.
____________________________________________________________________


acap kali perkataan Islam disebutkan. namun, siapa yang benar-benar mendalaminya?siapa yang benar-benar mengkajinya. apa yang saya berani katakan, hanya segelintir sahaja bukan?

islam anda pada apa? bersandarkan iman? atau hanya berteraskan nama? atau hanya apa yang tercetak atas kad pengenalan.

apa yang ingin saya tulis ini berdasarkan apa yang saya lihat. perbetulkan saya jika berlaku kesilapan.

melalui pemerhatian saya, semakin ramai yang menjadikan tudung hanya sebagai aksesori tambahan.
Ya Allah,, jilbab mu itu bukan hiasan,
malah ia yang menutup aibmu, y
ang menjaga maruahmu. labuhkan kerudungmu hingga menutup dada.
usah ingin mengata orang lain, teguran ini untuk saya sendiri dan rakan sekalian.
lihat diri sendiri.
cermin diri sendiri.
cukup PERFECT kah kita untuk mengata keburukan orang lain.
cukup cantikkah rambut kita untuk ditayang umum?
cukup kebalkah kulit kepala untuk ditarik dengan api neraka kelak?
cukup betah kah kita untuk menahan azab kubur?
pelihara tudung dan rambut mu wahai HAWA.

semakin ramai yang BANGGA berpegangan tangan di tempat awam.
dengan yang BUKAN MAHRAMnya.
Ya Allah..cukup kuatkah anda untuk menahan bala dari Tuhan?
tidak kah anda yakin akan balasan Allah?
adakah anda meragui kekuasaan Allah?
teguran ini juga untuk saya.
saya yang masih tidak cukup kuat untuk menegur perlakuan kalian yang melakukan ini.
ini cara jihad saya. melalui penulisan. ini ikhtiar saya.

semakin ramai yang berani meluahkan kata cinta.
katanya "syg awk", "rindu awk".
sedarkah anda siapa yang paling berhak ke atas cintamu itu?
sedangkan mencintai seorang IBU melebihi kasih terhadap Allah merupakan satu kesalahan.
apatah lagi ke atas yang bukan mahram mu?

semakin ramai yang melengahkan masa.
sedarkah bahawa dunia hanya sementara?
sedarkah bahawa Hari Yang Kekal akan tiba?
mampukah kita untuk menjawab setiap manfaat yang telah kita lakukan dengan pemberian masa itu?
sedarkah tanggungjawab anda sebagai duta agama?

ramai yang mengambil ringan soal agama. sedangkan mereka sedar akan tugas mereka di muka bumi ini.ramai yang sedar akan kiamat, namun bukan itu sandarannya.

Allah itu Maha Berkuasa.
perhatikan sekelilingmu untuk memperoleh bukti.
bagaimana halus dan teliti nya Allah menciptakan tanganmu.
bagaimana setiap jalur pada jarimu dapat dibezakan untuk setiap manusia.
bagaimana ditetapkan kedudukan setiap liang peluh.
bagaimana diaturkan setiap urat dan tulang.
Nahh. Allah Maha Teliti.
masihkah kau meragui kekuasaan Allah?
sedangkan sekecil dan serumit itu dapat dicipta dengan mudah.
apatah lagi hanya dengan menurunkan bala ke atasmu.

Allah itu Maha Berkuasa.
perhatikan pokok itu.
bagaimana diatur pertumbuhannya dengan baik.
bagaimana dari benih boleh menghasilkan pokok?
bagaimana sistem pokok itu berfungsi dangan sendiri.
siapa yang telah mengajar pokok tentang kehidupannya di bumi?
Nahh. jika pengaturan yang begitu baik dan teliti ini dapat dilakukan dengan mudah.
apatah lagi hanya dengan menurunkan bala ke atasmu.

Allah itu Maha Berkuasa.
diciptakan sistem cakerawala yang tersangat luas.
diciptakan juga sistem bumi,bulan dan matahari.
diciptakan juga graviti pada setiap satu.
kenapa kita tidak menghampiri matahari?
kenapa bulan yang mengelilingi bumi?
siapa yang mengawal pergerakan mereka?
siapa yang menetapkan orbit mereka.
Nahh. jika sebesar-besar sistem dapat dilakukan dengan mudah,
apatah lagi hanya dengan menurunkan bala ke atasmu.

sedarlah kalian. yang kekal itu akhirat. Tuhan itu Satu. semoga redhamu Ya Rabb sentiasa bersamaku.








No comments: