June 21, 2010

UPSR dan PMR dimansuhkan

seperti yg ternyata di atas, ini adalah antara berita mutakhir. Namun, perkara ini masih dalam perbincangan bagi mencapai kata sepakat dari semua pihak. -sumber : berita harian online

okay. masing-masing ada pendapat sendiri bukan? di sini saya ingin mengetengahkan buah fikiran saya sendiri dengan mencuba sedaya upaya tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

bagi saya, perkara ini tidak sepatutnya dilaksanakan. Jika diamati, UPSR dan PMR lah yang menjadi kayu ukur tahap pembelajaran sesetengah pelajar. seperti yang kita sedia maklum tentang peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya, apakah ini tidak memberi kesan kepada pelaksana sistem pemansuhan UPSR dan PMR? tidakkah pelajar terlalu keras untuk dibentuk apabila telah mencapai umur 17 tahun. memang benar tiada apa yang mustahil, namun jika difikir dengan logik akal kurniaan Tuhan, sudah pasti, kalian akan menyokong bahawa remaja lagi sukar dibentuk jika dibandingkan dengan anak kecil yang barumengenal dunia dan erti kehidupan.

Pasti ada yang tertanya-tanya, bagaimanakah kita mahu mengukur pencapaian anak-anak jika semuanya dimansuhkan? menurut Tan Sri Alimuddin Mohd Don, pencapaian pelajar hanya akan dikira melalui penilaian akhir sekolah dan mengatakan bahawa pembelajaran selama ini hanya berorientasikan peperiksaan.

Ingin saya mengetengahkan pendapat saya dalam hal ini. memang tiada kesalahan jika ingin menilai pelajar hanya berdasarkan penilaian akhir sekolah, tetapi sejauh manakah keberkesanan sistem pendidikan sekolah? adakah semua pendidik akan berlaku adil? atau adakah guru akan menurunkan tahap kesukaran soalan semata-mata ingin melihat rekod pelajar tidak dicemari dengan pen merah? jika perkara ini berlaku, bukan sahaja pelajar yang menerima kesannya, malahan kerajaan juga seharusnya mula menitikberatkan soal tempias yang bakal mereka hadapi. akan wujudlah lebih ramai pelapis negara yang tidak berkualiti, malahan yang lebih teruk berbanding generasi sebelumnya.

bukan mahu mencaci atau menghina kredibiliti pihak kementerian pelajaran, namun, individu yang bergelar warganegara Malaysia hanya khuatir tentang masa depan para pelajar. jika dahulu wujudnya peperiksaan PTS, ia juga dimansuhkan. sedangkan peperiksaan tersebut memberi peluang kepada ramai pelajar pintar untuk menjimatkan tempoh pelajaran. jika dahulu wujudnya pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris, ia juga dimansuhkan. bukan mahu memperleceh usaha memartabatkan bahasa kebangsaan, namun, jika benar kerajaan mahu memperjuangkan pembelajaran yang tidak terlalu berorientasikan peperiksaan, kerajaan sepatutnya menerima fakta bahawa bahasa inggeris merupakan lingua franca dunia global pada masa kini. mengapa ia perlu dimansuhkan? bukankah ia mempermudah urusan pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara? bukankah ia mempermudah anak muda memahami manual mesin yang dibekalkan dari negara luar? bukankah ia mempermudah bangsa pelapis ini untuk bertutur sesama mayarakat yang berbilang kaum mahupun para pelancong?

coretan minda saya tentang isu ini setakat ini sahaja.

namun, beberapa artikel di dalam akhbar berita harian ini juga berjaya menarik perhatian saya.

isu tentang seorang pelajar di kota bharu kelantan ditemui mati di hotel bajet. manakala seorang lagi pelajar lelaki yang dipercayai teman lelaki pelajar terbabit merupakan pelajar sebuah sekolah agama. pelajar perempuan itu didapati berlumuran darah dari pinggang ke bawah dan mati akibat pendarahan berlebihan kerana keguguran.

kejadian ini berlaku di kelantan. kelantan yang heboh diperkatakan sebagai mimbar Mekah. bukan kredibiliti pemimpin negeri itu yang ingin dicemuh. bukan juga guru sekolah agama yang ingin diletakkan beban. bukan juga ibu bapa yang ingin bersalah. namun, jari ini ingin dituding ke arah pelajar itu sendiri. bukannya ingin menujukan khas kepada Allahyarhamah yang meninggal namun coretan ini ditujukan umum kepada para remaja diluar sana.

fikirkan sejenak.

adakah pemimpin yang ingin dipersalah atas kebejatan gejala ini?
ternyata setegas manapun undang-undang yang dilaksanakan, ianya terpulang kepada individu itu sendiri.

adakah guru yang harus dipecat?
jika guru sudah puas menegur, ianya terpulang kepada individu itu sendiri untuk menerimanya atau tidak.

adakah ibu yang mengandung harus dicaci?
berapa ramaikah ibu bapa yang ingin melihat anak mereka hancur. saya yakin, ramaiyang mengatakan tidak bukan? jika sudah puas nasihat dan teguran diberi, ianya terpulang kepada individu itu sendiri.

banyak sudah alasan yang diberikan. kurang perhatian ibu bapa, kurang pendidikan agama, pihak berkuasa mengambil enteng dan macam-macam lagi.

persetan semua alasan. Jika benar pelajar itu mahu berubah, mengapa tidak mengambil langkah yang sesuai. jika ibu bapa tidak mempunyai masa, mengapa tidak berkongsi dengan kaunselor atau guru?jika kurang didikan agama, mengapa tidak mahu berlari ke perpustakaan dan merujuk kepada perkara berkenaan?

alsan demi alasan yang diberikan. jari yang menuding tidak pernah berhenti. mengapa tidak dituding ke arah diri sendiri? terima kesalahan dengan hati terbuka dan belajar untuk mengatasinya.


kehangatan bola semakin terasa bukan? namun sesetengah individu mengambil kesempatan dengan mengaut keuntungan melalui perjudian.

dengan harapan, kehangatan musim bola tidak memadam dan mengabui mata para penduduk bumi tentang isu israel di bumi gaza.

sekian.

No comments: